Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer anda boleh boot dari CD-ROM.
Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Ubuntu. Skrin pertama yang anda akan lihat adalah pilihan bahasa untuk proses pemasangan. Pilih English dan tekan Enter.
Di sini, anda boleh memilih samada untuk menjalankan Live CD Ubuntu. Live CD ini membenarkan anda mencuba Ubuntu terlebih dahulu tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Pilih “Try Ubuntu without any change to your computer” untuk mencuba Live CD Ubuntu, dan teruskan ke langkah 4. Sekiranya anda ingin terus memasang Ubuntu, pilih “Install Ubuntu” dan teruskan ke langkah 5.
Di sini anda boleh memandu uji Ubuntu untuk menguji kesesuaiannya dengan komputer anda. Jika anda sudah puas mencuba dan ingin memasang Ubuntu, klik pada ikon Install.
Skrin Install yang pertama akan dipaparkan. Klik pada butang Forward.
Pilih zon masa (zon kita: Kuala Lumpur) dari peta yang diberikan, dan klik pada butang Forward.
Pilih keyboard layout (biasanya English) dan tekan butang Forward.
Pada skrin ini, anda dikehendaki menetapkan ruang pada hard disk anda. Pilihan adalah seperti berikut.
Pilih “Install them side by side, choosing between them each startup” sekiranya anda ingin dual-boot dengan Windows.
Pilih “Use the entire hard disk” sekiranya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk pemasangan Ubuntu.
Pilih “Use the largest continous free space” sekiranya anda mempunyai ruang yang tidak berformat dalam hard disk.
Pilih “Specify partitions manually” untuk menetapkan partition secara manual. Bagi pengguna berpengalaman sahaja.
Setelah memilih, klik pada butang Forward.

Masukkan nama, nama log in, password, serta nama bagi komputer anda. Klik pada butang forward.
Ubuntu kini telah sedia untuk dipasang. Klik pada butang forward.
Proses pemasangan akan berjalan. Tunggu hingga ianya selesai.
Setelah tamat, klik pada butang Restart Now. Setelah restart, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu anda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar